Isnin, 20 Jun 2011

APA ITU WARISAN KETURUNAN HARIMAU&APA ITU WASILAH KETURUNAN HARIMAU


Sesetengah pihak selalu mempertikaikan wasillah keturunan harimau.Apa itu maksud wasillah dan warisan?

Kisah bermula tapak harimau dari seorang anak raja dari kerajaan Cerbon iaitu raden A.A.Tawan Aung atan nama gelarannya Kiyai Aji Madt Rais.Kiyai Aji Madt Rais mempuyai tujuh orang puteri dan seorang putera bernama Raden Toha S.A.G.A.R..Raden Toha S.A.G.A.R semasa hidupnya gemar mengembara akhirnya beliau sampai ke Bahrin..Beliau akhirnya bertemu jodoh dengan seorang wanita bernama Siti Akhlimah Wardatullah dan di kurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Syamsun A.A.A.Ketika Syamsun A.A.A berusia 15 tahun Ayah dan Bondanya telah meninggal dunia di sebabkan oleh sebuah peperangan yg terjadi di Bahrin.Selepas ketiadaan ayah dan bondanya Syamsun A.A.A mengambil keputusan hendak mencari neneknda serta bonda-bonda saudaranya.

Di ringkaskan cerita,akhirnya Syamsun A.A.A bertemu dengan neneknda beliau iaitu Kiyai Aji Madt Rais..kemudian di turunkan ilmu keramat harimau kepada cucunya Syamsun A.A.A.Setelah ilmu diturunkan Syamsun A.A.A di perintahkan oleh Kiyai Aji Madt Rais turun ke Nilam Cahaya(Bruas Tua).Semasa di Nilam Cahaya beliau di gelar Oran Muda Muslimin Panglima Shamsul Bahrin.Gelaran itu diberi kerana beliau seorang panglima muda dari Bahrin yang telah menyebarkan agama islam di Bruas Tua yang ketika itu bernama Nilam Cahaya.Selepas berjaya menyebarkan agama islam di Bruas beliau berkhawin dengan Kanjeng Kulo Raden Galoh Ajeng Anahitha Anta Beranta Puteri Langkapuri.

Tiga tahun usia perkawinan mereka,tercetus peperangan Anta Beranta.Setelah kemenangan itu Shamsul Bahrin di percayai telah mehilang diri(ghaib)

Pada suatu masa datang seorang lelaki berusia 40 tahun yang bernama Raden Megat P.J.Y atau gelaran beliau Sheikh Endot ke Bruas.Dengan izin Allah yang maha kuasa Sheikh Endot di pertemukan dengan Shamsul Bahrin di Pengkalan Baru Pantai Remis Perak Darul Rizduan dan ketika itu Shamsul Bahrin menurunkan ilmu tapak harimau kepada Sheikh Endot sebagai pemegang amanah apabila Sheikh Endot berjumpa kembali dengan keturunan beliau hendaklah di serahkan kembali warisan ini..

Dengan takdir Allah bertemulah Sheikh Endot dengan keturunanaN Syamsun A.A.A atau Shamsul Bahrin itu ArmahhumTuan Guru Utama Jaafar B Mat Isa.

Kita semua maklum ilmu persilatan Sheikh Endot Hanya ada 4 jenis permainan shj

.keris

.rotan

.parang panjang

.golok perak

Sheikh Endot bukan keturunan Shamsul Bahrin tetapi pemegang amanah sahaja.

Keturunan Shamsul Bahrin adalah Armahum Tuan Guru Utama Jaafar serta anak-anak cucunya.

Nama persilatan sentiasa bertukar ganti akan tetapi Warisan Orang Muda Muslimin Panglima Shamsul Bahrin tidak pernah bertukar.

SEKIAN .....